Monday, June 30, 2014

Hari Terbuka Sekolah 2014 ( Tahap 2 )









Objektif Hari Terbuka :
  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah & kokurikulum)
  3. Hal-hal lain yang difikirkan perlu.
  4. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.

Terima Kasih diucapakan kepada semua Ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Terbuka Sekolah SKS2BK 2014 (Tahap 2 )

Thursday, June 26, 2014

JADUAL WAKTU SEMPENA BULAN RAMADHAN

Dimaklumkan kepada warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, 
jadual waktu persekolahan pada bulan Ramadhan akan berjalan seperti biasa. 

Harap maklum.

Wednesday, June 25, 2014

KARNIVAL 3K

Karnival 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 25 Jun 2014. Seramai tiga orang murid Tahun 5, iaitu Muhammad Haziq Qayyum bin Muhammad Fauzi, Syed Danish Ammar bin Syed Azam Fouzi dan Muhammad Uzair bin Mohd Zan serta diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Norliza Hanim bt. Razali telah menyertai karnival ini. Karnival ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kepentingan mengamalkan amalan 3K di samping menjadi rol model kepada murid-murid yang lain. Banyak aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta telah terlibat aktif semasa karnival tersebut.










BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR (LADAP)

Satu Bengkel Pertolongan Cemas dan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) telah diadakan bagi guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara seperti ketetapan di bawah:

                               Tarikh     :   24 Jun 2014
                               Hari        :   Selasa
                               Masa      :   2.30 petang hingga 4.45 petang
                               Tempat   :   Dewan Wawasan SKS2BK

Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Anbalagan a/l Muthusami yang dijemput khas dari Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Semua guru telah terlibat secara aktif dalam kursus ini. Beberapa orang guru secara sukarela telah tampil ke hadapan untuk mencuba cara mengendalikan CPR dan menggunakan bahan-bahan dalam peti pertolongan cemas dengan betul seperti cara membersihkan luka menggunakan ubat dan bahan yang bersesuaian.


Penerangan oleh penceramah





Sesi soal jawab







Sesi amali yang disertai oleh guru-guru.


Tuesday, June 24, 2014

JADUAL GERAK GEMPUR KELAS UPSR 2014

 

GERAK GEMPUR 1


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
24 JUN 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
25 JUN 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
26 JUN 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


GERAK GEMPUR 2 / PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
22 JULAI 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
23 JULAI 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
24 JULAI 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


GERAK GEMPUR 3


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
12 OGOS 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
13 OGOS 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
14 OGOS 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


Monday, June 23, 2014

Sambutan Hari Lahir Murid & Guru Bulan Jun & Julai






Guru penyayang merupakan sebahagian daripada tugas seorang guru. Bagi menghargai guru-guru dan murid-murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan sambutan hari lahir untuk mereka.Dengan sambutan sebegini, mereka akan berasa dihargai dan diingati. Selamat Hari Lahir kepada semua yang menyambutnya pada bulan Jun dan Julai 2014.

Sunday, June 22, 2014

Blog Rasmi Panitia Agama Islam

Panitia Agama Islam SKS2BK maju setapak lagi ke hadapan hari ini apabila mempunyai blog rasmi panitia. Panitia Agama Islam telah diamanahkan untuk mengimarahkan surau sekolah yang diberi nama Surau An Naim. Hasil kerjasama dan komitmen guru-guru serta sumbangan wakaf daripada pihak PIBG, Alhamdulillah Surau An Naim kini berubah wajah dan mempunyai kemudahan yang lebih selesa untuk kegunaan warga SKS2BK.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses transformasi Surau An Naim ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti Panitia Agama Islam dan berkenaan Surau An Naim, bolehlah melayari pautan http://kamibersatuhati.blogspot.com/

Saturday, June 21, 2014

REPOST : MAKLUMAN SEKOLAH GANTI KE-2 SEMPENA HARI RAYA PUASA DAN HARI TERBUKA SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA

REPOST : Peringatan untuk Ibu Bapa sempena Hari Terbuka SKS2BK Tahap 2.

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ganti ke-2 Sempena Hari Raya Puasa dan Hari Terbuka SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan di adakan seperti  ketetapan berikut  :-

BIL
TARIKH
PERKARA
JADUAL WAKTU
TEMPAT
1.
21 Jun 2014 (Sabtu )
Hari Terbuka Tahap 1
Jadual Waktu Jumaat (Sekolah ganti Ke-2)

Dewan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
2.
27 Jun 2014 (Jumaat)
Hari Terbuka Tahap 2
-

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada tarikh sekolah ganti tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Hari Terbuka Sekolah 2014 ( Tahap 1 )

Proses Hari Terbuka Sekolah SK Seksyen 2 Bandar Kinrara pada tahun ini diubahsuai dan dibuat penambahbaikan. Hari Terbuka untuk murid tahap 1 dijalankan pada hari ini, manakala hari terbuka untuk murid tahap 2 akan diadakan pada 27 Jun 2014, Khamis. Ibu Bapa yang hadir akan mendaftar dahulu di kaunter pendaftaran, mengambil nombor giliran kemudian bergerak ke dewan untuk bertemu guru kelas. 

Tahun ini ibu bapa berpeluang bertemu dengan guru kelas dan juga guru bagi semua matapelajaran terutamanya untuk subjek teras. Jadi, perbincangan antara ibu bapa dan guru dapat diperincikan dengan lebih mendalam tentang perihal anak masing-masing. Borang maklumbalas ibu bapa terhadap guru juga disediakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan guru dan bertujuan mempertingkatkan lagi kualiti profesionalisma guru SKS2BK. Ibu bapa akan mendapatkan tandatangan guru yang ditemui dan menulis komen di bahagian yang disediakan. Borang ini perlulah dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.

Objektif Hari Terbuka :
  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah & kokurikulum)
  3. Hal-hal lain yang difikirkan perlu.
  4. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.






Terima Kasih diucapakan kepada semua Ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Terbuka Sekolah SKS2BK 2014 (Tahap 1)

Friday, June 20, 2014

Penyampaian Hadiah Bas PINTAR

PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan.





Pada 11 Mac yang lalu, Bas PINTAR telah datang ke SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.
 Murid-murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan. Tiga orang murid telah berjaya memenangi pertandingan yang dijalankan oleh pihak Bas PINTAR dan menerima hadiah yang begitu menarik pada pagi ini. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh ibunda SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, Pn. Hjh. Rabiyah bt Fakir Mohd. 
Mereka ialah :



Tempat Pertama             : Faiz Danial bin Azami
Hadiah Tempat Pertama : Kupon KFC RM100, Tablet Acer, Kupon Baju Professor & duit RM400

Tempat Kedua               : Jayavignesh A/L Jayaprakash
Hadiah Tempat Kedua   : Kupon KFC RM100, Kupon Baju Professor & duit RM300

Tempat Ketiga               : Ahmad Naqib bin Feizal
Hadiah Tempat Ketiga   : Kupon KFC RM100, Kupon Baju Professor & duit RM 100

Tahniah diucapkan kepada pemenang.


Thursday, June 19, 2014

APLIKASI 1BESTARINET (FROG-VLE)



CARIAN ID YES & PASSWORD UNTUK MURID DAN IBUBAPA/PENJAGA
  1.  Sila masukkan nombor kad pengenalan (IC NO) di ruang kotak dibawah.
  2.  Kemudian tekan ENTER.
  3. Selepas berjaya dapatkan maklumat,  sila masukkan No KP - 0  dan tekan ENTER, semua paparan akan hilang.
  4. Langkah ini bertujuan untuk elakkan pengunjung lain melihat ID YES dan      PASSWORD anda. 
Carian Id & Password Murid



Carian ID & Password Ibu Bapa



============================================

1BESTARINET - FROG VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)
Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia.Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang.

1Sila klik disini untuk maklumat lanjut tentang 1BESTARINET

2. Sila klik disini untuk dapatkan password FROG VLE bagi ibubapa murid

3. Sila klik disini untuk ke PORTAL 1BESTARINET

BERIKUT ADALAH PAUTAN PANDUAN APLIKASI 1BESTARI NET (FROG):


1.NOTA 1- APLIKASI 1BESTARINET (FROG)


2.NOTA 2 - APLIKASI 1BESTARINET (FROG)


3.NOTA 3 - APLIKASI 1BESTARINET (FROG)


4.NOTA VIDEO VLE-FROG UNTUK GURU


5.SILA KLIK UNTUK KOLEKSI VIDEO VLE-FROG.




6.TUTORIAL FROG VLE (GURU)- CARA MENGEDIT DASHBOARD




7.TUTORIAL FROG VLE (GURU)- BAGAIMANA MEMBUAT KALENDAR




===========================================

JOM BACA BERSAMA BH-DIDIK dan YEO’S

Pada 19 Jun 2014, pihak BH-Didik dan syarikat minuman terkanal Yeo's telah datang mempromosikan program JOM BACA BERSAMA DIDIK dan YEO’S.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan sisipan BH - Didik.  Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kembali minat murid terhadap pembacaan surat khabar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti membaca bersama-sama, penerangan untuk menggunakan sisipan Didik, dan juga kuiz. Setiap murid juga menerima surat khabar Berita Harian dan sekotak air minuman  Yeo’s percuma.