Pada 19 Jun 2014, pihak BH-Didik dan syarikat
minuman terkanal Yeo's telah datang mempromosikan program JOM BACA BERSAMA
DIDIK dan YEO’S.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan sisipan BH - Didik. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kembali minat murid terhadap pembacaan surat khabar.
Antara aktiviti
yang dijalankan ialah seperti membaca bersama-sama, penerangan untuk
menggunakan sisipan Didik, dan juga kuiz. Setiap murid juga menerima surat
khabar Berita Harian dan sekotak air minuman
Yeo’s percuma.
Tahniah kepada Ahmad Ilmi kerana telah berjaya mengemaskini laman blog SKS2BK. Teruskan usaha anda. Usah mudah patah semangat. Semoga usaha anda dihargai semua pihak.
ReplyDelete