Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka pada 22 Jun 2012 (Jumaat) bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Antara aturcara pada hari tersebut adalah taklimat Guru Besar dan perbincangan dengan guru. Taklimat Guru Besar akan disampaikan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala perbincangan dengan guru akan berlangsung di kelas anak masing-masing.
Setelah selesai perbincangan dengan guru, tuan/puan dibenarkan membawa anak pulang. Jika tuan/puan tidak dapat hadir pada hari tersebut, folder dan rekod profil anak tidak akan disampaikan kepada anak.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment