Thursday, June 28, 2012

PENULISAN SAJAK SECARA MUDAH DALAM P&P

Panitia Bahasa Malaysia telah mengadakan Bengkel Peningkatan Bahasa Malaysia pada hari Selasa bersamaan 27 Jun 2012.  Bengkel ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia agar memperoleh semangat dan berminat mempelajari mata pelajaran tersebut. Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:

( i ) Tempat:  Pusat Sumber Sekolah
( ii ) Masa:  8.00 - 10.00 pagi
( iii ) Penceramah:  YM. Hj. Raja Othman b. Raja Ismail

     Bengkel ini khusus untuk murid-murid Tahun 3 yang lemah Bahasa Malaysia dalam Ujian 1.  Penceramah menunjukkan cara-cara membina sajak dengan cara yang mudah. Murid-murid sangat berminat mengikuti bengkel ini.  Pada akhir bengkel, mereka diminta menyiapkan dua buah sajak, iaitu sajak rima akhir dan sajak berangka berdasarkan kaedah pembelajaran yang telah diterangkan.

    Penceramah mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Malaysia yang mengambil inisiatif dalam membantu murid-murid selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang melaksanakan program MBMMBI.

     Sekian, terima kasih.  

No comments:

Post a Comment