Tuesday, June 10, 2008

Kelas Blog pada 12 Jun 2008

Pindaan (12 Jun 2008): Kursus akan bermula pada jam 2.00 petang seperti yang dicadangkan.
Terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Taklimat Mingguan pada hari Khamis ini, 12 Jun 2008 akan digantikan dengan kursus membuat dan menyelenggara blog. Adalah dimaklumkan sama disini, apabila kemudahan LAN yang merangkaikan Makmal Komputer Fasa 2 dan Makmal Komputer Fasa 3 siap, setiap kelas perlu mempunyai blog masing-masing dengan dikendalikan oleh Guru Kelas. Blog kelas ini akan mengandungi pelbagai info Dalam blog ini perlu dimasukkan berkenaan pelbagai info seperti jadual waktu kelas, guru kelas, guru yang mengajar, homework, relif dan sebagainya untuk diakses oleh ibubapa dan penjaga sebagai salah satu usaha pihak sekolah meningkatkan sistem penyampaiannya. Sehubungan itu, para guru dan staf akan dilatih oleh pihak sekolah dari masa dengan kemahiran ICT yang berkaitan. Sebelum menghadiri kelas ini, semua guru wajib mempunyai akaun emel masing-masing. Walau bagaimanapun jika boleh biarlah menggunakan nama masing-masing dan bukannya nama anak atau nama samaran kerana ia boleh mengelirukan dan lambat untuk kita mengenali pemilik akaun emel tersebut.
Memandangkan bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk menampung semua guru, maka diminta guru PPSMI membawa komputer bimbit masing-masing. Latihan akan diadakan di Makmal Komputer Fasa 2 dari jam 1.30 hingga 3.30 petang. Sila bawa bersama Kad Pelaporan Kursus untuk ditandatangani (Tindakan: En. Anuar). Pastikan komputer dan kemudahan di Makmal Komputer Fasa 2 bersedia untuk kursus ini (Tindakan: Pn. Juliawati).
Kepada guru yang telah menghadiri kelas blog ini, sila hadir untuk membantu sebagai fasilitator.
Di antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah:
1- boleh mencipta blog
2- membuat setting - header, page elements, zon masa
3- membuat posting, menyunting dan komen
4- mengawal blog masing-masing - mengawal tahap capaian blog, penyumbang.
5- mencapai blog dari pelbagai lokasi
6- menguruskan blog
Konvensyen menamakan alamat blog kelas adalah seperti berikut:
Akronim Sekolah + '-' + Tahun Masuk D1 (2 digit) + Tahun Keluar D6 (2 digit) + Kod Kelas
Contoh Kelas 2 Cekal (masuk Tahun 1 pada 2007 dan menamatkan Tahun 6 pada 2012):
sks2bk + '-' + 07 + 12 + C
= sks2bk-0712C
Alamat Blog Kelas (Guru Kelas)
-----------------------------------------------
sks2bk-0308a 6 Amanah (Pn. Rathi Ambigai)
sks2bk-0308b 6 Bijak (Pn. Mahanom)
sks2bk-0308c 6 Cekal (Pn. Kausalya - sks2bk.kpkh@gmail.com)
sks2bk-0308d 6 Dedikasi (Pn. Fauzihan)
sks2bk-0308e 6 Elit (Cik Nurul Ashikin)
sks2bk-0409a 5 Amanah (En. Abdul Karim)
sks2bk-0409b 5 Bijak (En. Mohd. Anuar)
sks2bk-0409c 5 Cekal (Cik Rokhaizan)
sks2bk-0409d 5 Dedikasi (Cik Noorafizan - kizzyaming11@yahoo.com)
sks2bk-0409e 5 Elit (Pn. Rashidah)
sks2bk-0510a 4 Amanah (Cik Pang Chin Chee - pchinchee@gmail.com)
sks2bk-0510b 4 Bijak (Pn. Azatul Rohana)
sks2bk-0510c 4 Cekal (Pn. Aida Salwani)
sks2bk-0510d 4 Dedikasi (Pn. Nasuha)
sks2bk-0510e 4 Elit (Cik Norhaniza)
sks2bk-0611a 3 Amanah (Pn. Sapiha)
sks2bk-0611b 3 Bijak (Pn. Azliza)
sks2bk-0611c 3 Cekal (En. Syamizan - miyuszan@gmail.com)
sks2bk-0611d 3 Dedikasi (En. Yusri - encikyus@gmail.com)
sks2bk-0611e 3 Elit (Pn. Tengku Hasnul - sks2bk.tgatikah@gmail.com)
sks2bk-0712a 2 Amanah (Pn. See Yik Mee - sks2bk.see@gmail.com)
sks2bk-0712b 2 Bijak (Pn. Mumtazzah)
sks2bk-0712c 2 Cekal (Pn. Zuria)
sks2bk-0712d 2 Dedikasi (En. Saipullah - saifullahbisa@gmail.com)
sks2bk-0813a 1 Amanah (Pn. Noorhayati - noorhayati.hassan@gmail.com)
sks2bk-0813b 1 Bijak (Pn. Mizah - mizah.mohd.khiruddin@gmail.com)
sks2bk-0813c 1 Cekal (Pn. Norazlinda)
sks2bk-Pra01 (Pn. Ruziah)
sks2bk-Pra02 (Pn. Zaida)

1 comment:

  1. Harap cikgu dapat mulakan pada pukul 2.00 petang atas sebab-sebab berikut:

    - supaya guru-guru dapat menunaikan solat zohor terlebih dahulu.
    - supaya guru-guru yang ada anak bersekolah agama dapat menguruskan anak-anak mereka terlebih dahulu. (Pentadbir Sekolah agama telah meminta surat tunjuk sebab sekiranya anak kami tidak hadir)
    - supaya guru-guru yang baru saja habis mengajar pada pukul 1.30 dapat berehat seketika.

    Diharap saranan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang mengurus.

    ReplyDelete