Secara formaliti, semakan buku dijalankan kepada murid-murid oleh pihak pentadbir sekali setahun. Guru-guru dan pentadbir juga secara tidak langsung sentiasa memantau perkembangan murid-murid di dalam kelas. Walaubagaimanapun pemantauan kali kedua akan dibuat sekiranya ada masalah dari segi kadar latihan yang diberi oleh guru tidak mencukupi dan sikap murid yang gagal atau malas menyelesaikan kerja sekolah atau latihan yang diberi oleh guru. Pemantauan ini perlu dijalankan untuk memantau sejauh mana perkembangan latihan yang diberi oleh guru dan pencapaian perkembangan pembelajaran murid di dalam kelas pada bulan Januari hingga Jun 2008.
Semakan buku oleh pihak pentadbir bermula pada 10 Jun 2008. Semua guru diwajibkan menghantar buku anak murid masing-masing ke pejabat. Seterusnya ibu bapa diminta menyemak latihan anak dalam buku tersebut dan perlu menandatangani pada ruangan yang dicopkan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment