Monday, June 30, 2008

Selamat Datang!

Hari ini Pn. Khuzaimah yang bertukar dari Bintulu Sarawak datang melapor diri bersama-sama dengan lima orang guru praktikum. Guru Praktikum terdiri daripada 3 orang major matematik 2 orang major bimbingan dan kaunseling. Mereka adalah En. Razali Aman (Kaunseling), En. Mahyuddin Abdullah (Matematik), En. Maharuddin Mahamud (Matematik), En. Mohd. Rashdan Abd. Rashid (Matematik) dan En. Nor Azmi bin Yusoff (Kaunseling). Berikut ialah alamat emel mereka (mengikut susunan nama di atas):
Selamat Datang dan Selamat Berbakti!

5 comments:

  1. Salam
    Bagi pihak PIBG,kami mengalukan-alukan kehadiran mereka moga dapat membantu dan menambahbaik prestasi sekolah lebih gemilang dan sentiasa dapat memberikan kerjasama.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Kalau tak silap saya, dalam blog terdahulu dinyatakan ada 2 guru yang dapat bertukar ke sekolah lain iaitu Pn. Mahanum dan Pn. Rosliza. Kedua-dua guru tersebut merupakan guru matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

    Guru-guru tersebut telah diganti dengan guru-guru dari tahun yang lebih rendah dan menyebabkan pelajar tahun yang lebih rendah tidak mempunyai guru BM dan BI yang kompeten. Saya tidak pertikaikan tahun yang lebih tinggi harus diberi keutamaan tetapi pihak sekolah juga patut memberi keutamaan pada tahun yang lebih rendah juga untuk mendapat guru yang kompeten untuk mengajar BM dan BI sebab mereka ini memerlukan asas yang kukuh sebelum mereka berada di tahun 6 nanti.

    Komen saya... kenapa hanya guru-guru praktikum yang mengajar major metematik sahaja yang diterima di sekolah ini.. sampai 3 orang. Kenapa tidak ada dari major-major yang lain seperti BM, BI dan SAINS. Lagi pun saya rasa pihak sekolah berkemungkinan kekurangan guru mengajar BM dan BI yang telah bertukar.

    Saya harap pihak sekolah dapat mengambil perhatian serius tentang hal ini bagi memastikan guru yang mengajar subjek-subjek teras adalah terdiri dari guru-guru yang benar-benar ada major/terlatih untuk subjek-subjek tersebut.

    Untuk pengetahuan GB baru, pernah dahulu ada anak-anak kami menjadi mangsa... iaitu mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru mereka kerana guru itu sendiri juga tidak berapa memahami subjek yang diajarnya (kerana bukan subjek major guru tersebut). Tak tahulah saya siapa yang menyusun jadual tersebut. Saya harap kejadian seperti itu tidak lagi berlaku.

    Walau bagaimana pun selamat datang diucapkan pada yang mula bertugas dan juga yang datang untuk membuat praktikum.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. Together we unite..Welcome to SKS2BK

    ReplyDelete
  4. Salam dan selamat datang. bersama ke arah kecemerlangan sekolah.

    ReplyDelete