Friday, June 13, 2008

TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Taklimat akan diadakan pada hari Selasa, 17 Jun ini kepada semua guru dan staf di Bilik Wawasan. Kehadiran adalah diwajibkan.

Antara kandungan taklimat.....
  1. Pindaan Undang-Undang Pencen diluluskan oleh Sewan Rakyat pada 29 Mei 2008 dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008
  2. Umur Persaraan Wajib dipinda untuk anggota sektor awam daripada 55 tahun/56 tahun kepada 58 tahun
  3. Undang-Undang Pencenyang berkaitan:

1.Akta Pencen 1980 (Akta 227)
2.Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 Akta 239


Semua Anggota lantikan tetap diwajibkan untuk melengkapkan Lampiran A selaras dengan P.P Bil. 6/2008 bagi menyatakan sama ada ingin kekal dengan umur persaraan wajib 55/56 tahun, ATAU memilih tawaran opsyen pelanjutan umur persaraan wajib kepada 58 tahun

  1. Opsyen ini hanya ditawarkan kepada Anggota lantikan tetap sahaja (tidak termasuk pegawai sandaran, sementara, kontrak dan sebagainya)
  2. Semua Anggota yang dilantik sebelum 1 Julai 2008 atau masih lagi berkhidmat dalam perkhidmatan awam sehingga 30 Jun 2008 layak untuk ditawarkan opsyen ini
  3. Bagi Anggota yang berstatus sandaran dan mungkin akan dilantik secara ‘back dated’, tidak tertakluk kepada tawaran opsyen ini
  4. Bagi Anggota yang sedang dalam prosiding tatatertib atau jenayah juga perlu ditawarkan opsyen pelanjutan umur persaraan ini selagi tiada hukuman dijatuhkan ke atas anggota tersebut


No comments:

Post a Comment