Tuesday, July 8, 2008

PEMBATALAN PROGRAM LARIAN AMAL PIBG 2008

Program Larian Amal PIBG yang dirancangkan pada 12 Julai 2008, adalah dibatalkan dan akan digantikan dengan program Hari Mesra Keluarga SKS2BK. Program ini dijadualkan akan diadakan pada Sabtu, 18 Oktober 2008. Pihak AJK PIBG dan juga sekolah memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan pembatalan program Larian Amal ini. Namun demikian, kerjasama semua pihak masih diperlukan dalam menjayakan program-program yang bakal dianjurkan oleh PIBG dan juga sekolah pada masa akan datang. Semoga hubungan antara warga SKS2BK dan ibu bapa serta komuniti setempat dapat dipereratkan dalam melahirkan suasana yang harmoni dan mesra sesama kita.

Guru, ibu bapa, murid walaupun tak sama, tetapi tetap seiring....
Walaupun tak sependapat, tetapi tetap erat....

1 comment:

  1. Salam dan selamat pagi
    Walaupon teramat sedih dengan pembatalan program tersebut namun ianya tidaklah mematahkan semangat untuk berbakti pada warga SK Sek 2.Marilah kita sama-sama bertekad demi anak didik dan sekolah agar sentiasa berjaya, cemerlang dan gemilang.

    ReplyDelete