Wednesday, December 10, 2008

Penangguhan Kutipan Bayaran Wajib dan Sumbangan PIBG

Sebagaimana yang dimaklumi, kutipan kedua-dua bayaran tersebut di atas yang sepatutnya dibuat pada 2 Januari 2009 (Jumaat) seperti mana yang dinyatakan dalam edaran SKS2BK 07/03/001(52) bertarikh 6 November 2008. Namun demikian, melalui Mesyuarat Pengurusan Guru Besar/Pengetua Daerah Petaling Perdana Bil 3/2008 pada 25 & 26 November 2008 yang lalu Kementerian Pelajaran telah mengarahkan agar semua sekolah di seluruh negara menangguhkan kutipan kedua-dua bayaran tersebut sehingga dimaklumkan kelak selepas 29 Mac 2009 nanti. Adalah diharapkan dengan ini para ibu/bapa/penjaga mengambil maklum di samping menyebarluaskan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain.
Sehubungan itu tarikh pengambilan Buku SPBT oleh ibu/bapa/penjaga dipercepatkan. Tuan/puan boleh mengambil buku-buku tersebut di Bilik SPBT sekolah mulai 16 Disember 2008 hingga 2 Januari 2009 pada hari-hari bekerja di antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Hari Orientasi Tahun 1 2009 masih berjalan seperti yang dijadualkan pada tarikh tersebut dari jam 8 hingga 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment