Monday, February 9, 2009

PERINGATAN KESELAMATAN UNTUK SEMUA MURID

Pada waktu pagi, sebaik tiba di sekolah sila berada di kantin sekolah. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas atau di kawasan-kawasan lain kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kerana keadaan yang masih gelap. Murid-murid diminta berada di kantin sehingga jam 7.15 pagi dan akan diawasi oleh guru disiplin. Sekiranya ingin ke tandas, sila pergi dalam kumpulan dua orang atau lebih. Murid boleh bergerak dari kantin pada jam 7.15 pagi menuju ke tapak perhimpunan. Anda juga dibenarkan ke kelas untuk meletak beg dan membuat tugasan harian seperti menyapu sampah, menyusun kerusi meja dan membersihkan papan hitam. Sepanjang berada di tapak perhimpunan, semua murid digalakkan membawa bahan bacaan sama ada buku teks, buku cerita, buku sifir dan sebagainya yang bermanfaat. Anda tidak dibenarkan berlari, bermain-main kerana boleh mendatangkan kecederaan dan mencetuskan pergaduhan. Sepanjang berada di tapak perhimpunan, anda akan diawasi oleh guru bertugas harian.
Selain itu, semua murid juga diingatkan agar tidak menggunakan laluan kereta guru pada waktu datang dan balik. Anda hanya boleh menggunakan laluan masuk melalui pagar kecil, terus ke wakaf(pondok jaga) dan seterusnya menggunakan laluan kantin. ibu bapa juga diminta memberi kerjasama untuk mengingatkan anak masing-masing tentang keselamatan diri mereka.
Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjadikan sekolah tempat selamat untuk semua.

No comments:

Post a Comment