Thursday, September 3, 2009

H1N1 : MEWAJIBKAN PEMAKAIAN "MASK" KEPADA SEMUA WARGA SKS2BK DAN PELAWAT

Ekoran penularan wabak H1N1 yang masih berlarutan, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah yang difikirkan dapat membantu dalam pencegahan wabak ini. Antara langkah-langkah tersebut ialah mewajibkan pemakaian 'mask' untuk semua warga SKS2BK dan pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah. Oleh itu, semua warga sekolah boleh membeli 'mask' dari Kelab Guru dan Staf yang dijual dengan harga RM0.30 seunit. 'Mask' akan dijual pada awal pagi di kantin dan juga di kelas-kelas melalui guru kelas masing-masing. Bagi pelawat pula boleh membeli 'mask' di pejabat sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing memakai 'mask' apabila hadir ke sekolah. Selain itu, ibu bapa juga diminta tidak menghantar anak-anak yang didapati demam atau ada gejala ILI ke sekolah. Sekiranya anak tuan puan demam di sekolah dan tuan puan mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah, sila datang mengambil anak dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.

Kerjasama semua ibu bapa, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment