Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM MAJU DIRI





Program Maju Diri (PMD) adalah satu program yang dijalankan di negeri Selangor. Program ini dijalankan untuk murid tahun 4,5 & 6. PMD ini akan dijalankan pada 6 hingga 8 Januari 2010. Sepanjang tempoh 3 hari ini, murid-murid tahap 2 akan mengunakan jadual PMD untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang mengikut aliran.

Setiap murid dikehendaki menyediakan sebuah buku tulis no. 1 yang akan dinamakan buku Bimbingan & Kaunseling. Sepanjang tempoh 3 hari murid akan menjalankan aktiviti dan mencatat maklumat, pengajaran, nilai-nilai murni aktiviti PMD di dalam buku ini.

Buku B&K bukan sahaja digunakan sewaktu PMD sahaja tetapi akan terus digunakan dari semasa ke semasa sewaktu program anjuran unit Bimbingan & Kaunseling, bimbingan kelas dan ceramah motivasi bagi tahun 2010.

1 comment:

  1. Syabas dan tahniah.....menarik untuk dikongsi ;)

    ReplyDelete