Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS NEGERI SELANGOR





Satu program baru diperkenalkan di Negeri Selangor bagi meningkatkan akademik dan menurunkan masalah disiplin dikalangan murid di sekolah.
Terdapat 3 bidang dalam kaunseling berfokus iaitu bidang akademik, bidang disiplin dan bidang pendidikan pencegahan dadah.
Guru Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki menjalankan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok serta latihan dalam kumpulan berdasarkan kepad modul kaunseling berfokus yang telah dibekalkan oleh PPD Daerah Petaling. Guru Bimbingan & Kaunseling akan memilih masa yang sesuai mengikut mata pelajaran bukan teras seperti muzik, seni, kajian tempatan dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Satu taklimat telah dijalankan pada 2 Januari 2010 di Bilik Wawasan bagi kumpulan akademik ini. Harapan kami daripada unit bimbingan & kaunseling agar 60 orang murid mendapat 5A dan peratus lulus keseluruhan UPSR 90.7% tercapai.

No comments:

Post a Comment