Sunday, November 14, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Pada hari Khamis (11 Oktober 2010), SKS2BK telah menerima keputusan UPSR 2010. Pada tahun ini, kita mendapat 40 orang 5A, 27 orang 4A 1B, 2 orang 4A 1C. Bilangan murid yang mendapat 5A pada tahun ini berkurangan sebanyak 8 orang. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan pada 4 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya. Buat mereka yang kurang berjaya, ini bukanlah penamat untuk segalanya. Cuba perbaiki diri, rancang dengan lebih teliti masa depan anda dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta pohonlah doa kepada-Nya agar usaha kita diberkati.

1 comment:

  1. terima kasih diucapkan kepada semua cikgu-cikgu sks2bk kerana tlah sudi mengajar saye hingga saya mendapat keputusan yg cemerlang dlm upsr. saya amat bersyukur kerana menjadi anak murid cikgu-cikgu

    ReplyDelete