Monday, April 11, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH




Semasa perhimpunan rasmi pagi Isnin ini telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang telah berlangsung. Majlis penyampaian hadian telah disempurnakan oleh Guru Besar dan GPK HEM SKS2BK. Antara acara yang telah dimenangi adalah Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Petaling Perdana yang telah dimenangi oleh Bhpyndhar Singh A/L Manjit Singh. Beliau telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

SKS2BK juga telah menghantar dan memenangi acara jemputan sempena Sukan Tahunan Sekolah Sri Sedaya. Acara jemputan yang mereka telah sertai adalah acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter . Mereka yang telah mengharumkan nama SKS2BK ialah Muhammad Nur Fitri (6 Gamma), Muhammad Irham (6 Gamma), Nik Adlil (6 Alfa) dan Rafsham (6 Beta).

Di dalam acara berpasukan pula, SKS2BK telah menghantar Pasukan Bolasepak Sekolah yang dibimbing oleh Ustaz Suhaib, Cikgu Raja Othman dan Cikgu Azami ke Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon E, Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berlangsung di SK Puchong Perdana. Mereka telah berjaya menduduki tempat ketiga.

Di peringkat sekolah pula, Program NILAM SK2BK telah menyampaikan hadiah kepada para pembaca terbanyak dari bulan Januari hingga Mac 2011. Mereka ialah Nurul Balqis Bt. Zulkefli (1 Ferum), Muhammad Ikhwan Hakimi B. Zambri (2 Kejora), Wan Noorafiqah Bt. Wan Abdillah (3 Anggerik), Nur Shariena Chong Bt. Mohamad (4 Berlian), Nurul Atiqah Bt. Mohd Lasa (5 Novell) dan Sofiah Hanim Bt. Shuhaizan (6 Alfa).

No comments:

Post a Comment