Monday, July 23, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Bermula pada bulan Julai hingga September saban tahun Kempen Kibar Jalur Gemilang akan dilaksanakan. Kempen ini diadakan bersampena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55. Tanggal 31 Ogos 2012 merupakan tarikh keramat di mana negara Malaysia telah merdeka daripada cengkaman para penjajah terdahulu. Justeru itu, SKS2BK menyahut seruan tersebut dengan mengadakan majlis perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Julai 2012
Hari : Isnin
Masa : 7:40 pagi
Tempat : Dataran Cemerlang

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar, SKS2BK dengan menerima Jalur Gemilang daripada wakil murid. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan ucapan oleh Y.M. Raja Othman yang bertemakan kemerdekaan dan persembahan oleh para guru. Guru-guru yang terlibat adalah Pn. Norhidayah, Cik Pang Chin Chee, Pn. Rathi, P. Kausalya, Pn. Noorafizan dan Pn. Raeme. Mereka telah menyampaikan sebuah sajak dalam bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Brunei-Sabah dan Iban. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air sendiri. marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mulai kini sehingga 16 September 2012.

No comments:

Post a Comment