Monday, December 31, 2012

PEMBUKAAN RASMI SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tahun 2012 sudah sampai ke penghujungnya. Lembaran baharu akan dibuka bagi tahun 2013. Begitu juga dengan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Sesi persekolahan bagi tahun 2013 akan dibuka pada 2hb. Januari 2013 (Rabu) bermula pada pukul 7.40 pagi. Jadi bersiap sedialah warga SKS2BK untuk memulakan sesi pembelajaran baharu kelak. Kepada ibu  bapa yang ingin menemani anak masing-masing, sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Pastikan kenderaan tuan/puan tidak menghalang lalu-lintas. 

Ibu bapa hanya dibenarkan menemani anak sehingga ke Dataran Cemerlang sahaja. Murid-murid akan diiringi oleh pengawas dan guru mata pelajaran pertama ke kelas masing-masing. Kerjasama para ibu bapa diharap dapat melancarkan lagi sesi pembelajaran pertama murid-murid. Semua murid diminta membawa buku teks, buku latihan dan buku kerja untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari tersebut. Jadual waktu akan diberikan oleh guru-guru kelas atau guru-guru mata pelajaran masing-masing semasa sesi pembelajaran nanti. 

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada pihak sekolah di talian 03-80769376. Pihak sekolah memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa sesi persekolahan ini berlangsung. Selamat bersekolah dan salam maju jaya daripada kami warga pendidik dan kakitangan SKS2BK 2013 kepada semua murid SKS2BK.

No comments:

Post a Comment