Monday, February 25, 2013

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS DAN PELANTIKAN PENGAWAS SPBT 2013


Majlis Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks dan Pelantikan Pengawas SPBT bagi tahun 2013 telah dijalankan pada 25 Februari 2013 (Isnin) di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd (Guru Besar SKS2BK). Perasmian telah dijalankan dengan Guru Besar menandatangani sekeping kad khas pada majlis tersebut. 


Sejurus selepas itu, Guru Besar telah berbesar hati untuk menyematkan pin Pengawas SPBT kepada para pengawas yang dilantik. Pin tersebut telah direka khusus untuk pengawas SPBT. Pengawas SPBT bertanggungjawab mengendalikan Klinik Buku Teks di Bilik SPBT dan membantu guru-guru SPBT berkaitan Pengurusan BOSS.

Bagi Kempen Sayangi Buku Teks, objektif pelaksanaannya adalah seperti berikut :
  1. Memupuk rasa sayang terhadap buku teks dalam kalangan murid-murid.
  2. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara penjagaan buku teks yang betul.
Dengan pelancaran kempen ini, semua murid akan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya :
  • Autograf (Guru-guru, staf dan murid-murid SKS2BK)
  • Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
  • Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)
  • Memberi penerangan tentang cara-cara penjagaan buku teks yang betul oleh AJK Unit SPBT.

No comments:

Post a Comment