Thursday, September 19, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan aktiviti tersebut seperti butiran berikut : - 

Tarikh : 20 dan 21 September 2013 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Sasaran : 120 orang murid Tahap 2
Bayaran : RM20.00

Sehubungan dengan itu, semua murid Tahap 2 diberi peluang mengisi kekosongan tempat yang disediakan. Pengambilan peserta adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Borang penyertaan boleh diperoleh daripada Cik Nur Atiqah bt. Che Saad atau Pn. Norazlinda bt. Mohd. Radzi.

Sebagai makluman tuan/puan, bayaran penyertaan murid adalah untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan keseluruhan aktiviti tersebut. Bagi mereka yang berminat, sila kembalikan borang yang telah lengkap beserta bayaran kepada Pn. Norrihan bt. Jalaluddin (Bendahari Perkhemahan) sebelum atau pada 20 September 2013 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment