Sunday, November 17, 2013

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yanng telah berjaya menperoleh pencapaian yang cemerlang di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 2 dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu. Bagi mereka yang kurang berjaya, masih ada masa untuk anda memperbaiki prestasi pada tahun yang akan datang. 

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 yang telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) yang lalu berlangsung dalam suasana yang ceria dan meriah. Ramai muka-muka baharu yang mendapat pelbagai anugerah yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan sehingga ada di antara mereka yang terpaksa duduk di luar dewan. Untuk itu, pihak sekolah memohon ribuan ampun dan maaf di atas ketidakselesaan tuan-tuan dan puan-puan.

Walau bagaimanapun, majlis tersebut tetap berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SKS2BK kerana telah banyak menyumbangkan idea, tenaga dan wang ringgit demi kesejahteraan warga SKS2BK. Tanpa bantuan dan sokongan daripada PIBG, segala perancangan aktiviti sekolah menjadi tidak sempurna. 

Ini ditunjukkan melalui pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Sekolah kita telah berjaya memperoleh seramai 32 orang calon yang memperoleh 5A. Ini merupakan peningkatan dalam bilangan calon yang mendapat 5A di mana pada tahun lepas bilangan calon yang mendapat 5A adalah seramai 28 orang calon sahaja. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka dan juga ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Marilah kita bersama-sama berusaha menggembling tenaga dalam menjayakan semua aktiviti sekolah agar faedahnya dapat dikecapi oleh setiap warga dan ahli komuniti sekolah. Bagi para pentadbir dan guru SKS2BK, kami masih perlu membuat refleksi diri untuk menilai pencapaian pada tahun ini dan mencari kelemahan diri untuk dibaiki agar kesalahan tersebut tidak diulangi atau dielakkan. Semoga dengan usaha semua pihak, pencapaian tahun ini akan dapat dipertingkatkan lagi untuk kelestarian sekolah.

No comments:

Post a Comment