Monday, April 7, 2014

KEJOHANAN PRASEKOLAH ZON PANGLIMA PPD PETALING PERDANA 2014

Pada 1 April 2014 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Prasekolah Zon Panglima PPD Petaling Perdana di padang SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Sebanyak 20 buah sekolah yang telah mengambil bahagian. Sekolah kita telah berjaya memenangi sebahagian besar pingat yang dipertandingkan. Antara pingat yang telah berjaya dimenangi adalah seperti berikut : -
  1. Johan 4 x 50 m (L)
  2. Johan 4 x 50 m (P)
  3. Johan 4 x 80 m (L)
  4. Johan 4 x 80 m (P)
  5. Johan 80 m (P)
  6. Johan 50 m (L)
  7. Johan 50 m (P)
  8. Johan 80 m (P) berhalangan
Sehubungan dengan itu, sekolah kita telah terpilih untuk mewakili Zon Panglima untuk ke peringkat Daerah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 3 April 2014 (Khamis) di SK Bandar Anggerik, Shah Alam. Pada pertandingan tersebut sekolah kita telah memenangi beberapa acara. Antaranya adalah seperti berikut : -
  1. Olahragawati Daerah
  2. Johan 50 m (P)
  3. Johan 80 m (P)
  4. Johan 4 x 80 (P)
  5. Naib Johan 50 m (L)
  6. Naib Johan 4 x 50 (L)
  7. Naib Johan 4 x 80 (L)
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua atlet prasekolah yang terlibat serta guru-guru prasekolah dan juga pembantu-pembantu prasekolah kerana telah berjaya mengasuh mereka sehingga dapat membanggakan nama sekolah di peringkat daerah.

No comments:

Post a Comment