Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

Guru merupakan pendidik kepada anak-anak bangsa yang dahagakan pengetahuan dan ilmu yang berguna. Maka hargailah mereka sementara mereka masih setia di sisi anda. Janganlah jadi seperti pungguk merindukan bulan. Menunggu sesuatu yang dirindui untuk kembali kepada kita setelah semuanya pergi. 

Tema Hari Guru bagi tahun ini adalah "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Bakat yang ditunjukkan oleh murid akan guru bimbing untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif sehingga boleh menjana suatu usaha yang lebih inovatif. Guru sentiasa mencurahkan jasa dan bakti kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira darjat, usia, bangsa dan agama. Guru akan memberikan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu agar mereka yang menerimanya dapat memahami apa yang disampaikan oleh seorang guru.

Guru bak ibu bapa kedua selepeas ibu dan bapa kandung anda kerana beliaulah yang menjaga anda semasa ibu bapa anda menyerahkan anda di sekolah. Segala hal-hal kebajikan anda dan keselamatan sentiasa diambil kira pada setiap masa. Justeru itu, sama-samalah kita menyanjung jasa baik guru dengan mengucapkan "Terima kasih, cikgu" atau "Selamat Hari Guru".

1 comment:

  1. Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik SKS2 ☺☺

    ReplyDelete