Tuesday, November 11, 2014

PROSES PENEMPATAN PELAJAR TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2015



Perkara diatas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, pindaan ini dibuat oleh Jabatan Pendidikan Selangor disebabkan keputusan UPSR 2014 yang dijangka keluar pada 26 November 2014 yakni pada cuti sekolah. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pindaan yang dibuat bagi penempatan murid ke sekolah menengah.

Surat kelulusan boleh dicetak sepatutnya mulai 1 November 2014 telah dipinda pada 17 November 2014 sehingga 21 November 2014. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan semua murid yang terlibat menerima surat kelulusan tawaran ke sekolah menengah.

Murid dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran di sekolah menengah mulai 26 November 2014 sehingga 3 Disember 2014. Pengesahan pendaftaran adalah diwajibkan bagi membolehkan pihak sekolah menengah memberikan senarai keperluan sebagai persediaan ke sekolah menengah. 

Bagi murid yang ingin membuat rayuan penempatan, murid perlu juga membuat pengesahan pendaftaran di sekolah menengah asal yang ditawarkan mulai tarikh 26 November 2014 sehingga 3 Disember 2014. Sekolah menengah perlu memberikan borang BRPS (telah diberikan kepada PK HEM) kepada ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga perlu mengisi lengkap borang tersebut beserta salinan dokumen sokongan. Borang yang diisi perlu dibuat 3 salinan. Salinan pertama untuk simpanan ibu bapa / penjaga, salinan kedua untuk simpanan sekolah dan salinan ketiga untuk PPD. Borang rayuan ini perlu dihantar ke PPD selewat-lewatnya 8 Disember 2014 secara berkelompok. Pihak sekolah menengah perlu mengisi permohonan rayuan secara dalam talian selepas menerima borang rayuan daripada ibu bapa / penjaga bermula 26 November 2014 dan selewat-lewatnya 8 Disember 2014Bilangan rayuan yang dibuat secara online mestilah sama bilangan pemohon dengan borang rayuan yang dihantar ke PPD.

​Mesyuarat Panel Rayuan dan proses kelulusan oleh PPD JPS akan dibuat mulai 8 Disember 2014 sehingga 12 Disember 2014.

Keputusan rayuan akan boleh dicetak oleh sekolah menengah asal murid ditempatkan mulai 15 Disember 2014 sehingga 16 Disember 2014. Bagi murid yang diluluskan rayuan, murid perlu membuat pengesahan ke sekolah menengah baru bersama-sama surat kelulusan rayuan. 

Bagi murid yang gagal, murid tersebut diminta untuk kekal di sekolah menegah asal yang ditempatkan. Tiada rayuan ke-2. 
* Bagaimanapun, murid boleh membuat permohonan pertukaran mulai 19 Januari 2015
* Pihak sekolah menengah dipohon untuk mengumpul semua permohonan pertukaran tingkatan 1 / peralihan     
   dan hantar permohonan tersebut ke PPD secara berkelompok beserta surat iringan. 
* Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.

Dilampirkan bersama carta alir terkini untuk makluman dan tindakan.


17 – 21 November 2014

Keputusan penempatan dan cetakan surat kelulusan eDaftar Menengah oleh guru kelas tahun 6

Sekolah
(SR)





26 November – 3 Disember 2014

Pengesahan pendaftaran di Sekolah Menengah

Sekolah
(SM)





26 November – 3 Disember 2014

Rayuan eDaftar Menengah oleh ibubapa / penjaga murid tahun 6 di Sekolah Menengah Asal

Ibu Bapa / Penjaga





26 November – 8 Disember 2014

Permohonan rayuan dimasukkan dalam sistem APDM

Sekolah
(SM)





8 Disember 2014

Borang Rayuan Penempatan Semula (BRPS) dihantar ke PPD secara berkelompok

Sekolah
(SM)





8 Disember – 12 Disember 2014

Proses kelulusan rayuan eDaftar Menengah oleh PPD secara online

PPD





15 – 16 Disember 2014

Cetakan surat lulus / gagal permohonan rayuan eDaftar Menengah oleh Admin sekolah menengah penempatan pertama / PPD

Sekolah
(SM)





17 – 19 Disember 2014

Keputusan permohonan rayuan dan pengesahan penempatan rayuan eDaftar Menengah (lulus & gagal)

Ibu Bapa / Penjaga





21 – 27 Disember 2014

Penutupan APDM dan Proses Naik Kelas Automatik

BPM






29 – 31 Disember 2014

Penetapan kelas tingkatan 1 di sekolah menengah oleh Admin sekolah menengah murid diluluskan

Sekolah
(PK 1)

No comments:

Post a Comment