Thursday, August 21, 2008

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 2009

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah datang membuat pengesahan penempatan tahun 1 2009 anak masing-masing mengikut tarikh yang telah diberikan iaitu mulai 01 Ogos - 15 Ogos 2008. Namun demikian, masih terdapat 28 orang murid yang ibu bapanya belum datang membuat pengesahan penempatan. Oleh itu, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama semua ibu bapa terbabit agar mengambil tindakan segera. Ini berikutan, pihak sekolah perlu membuat laporan ke PPD tentang jumlah murid yang telah datang membuat pengesahan. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment