Wednesday, August 20, 2008

UAT MyAkses3G


User Acceptance Test terhadap peralatan MyAkses3G telah dijalankan di Makmal Komputer Fasa 3 (MKF3). MyAkses3G merupakan satu wireless router yang canggih dihasilkan oleh Syarikat Ridaa Associates di bawah program pembangunan usahawan ICT kelolaan MIMOS.

Syarikat Ridaa telah bersetuju membekalkan peralatan tersebut secara percuma kepada sekolah bagi membolehkan MKF3 mendapat akses internet. Sebagaimana yang dimaklumi, termination point talian jalurlebar SchoolNet adalah di Makmal Komputer Fasa 2 (MKF2). Tiada sebarang rangkaian yang menghubungkan antara kedua-dua makmal ini kerana jaraaknya yang jauh. Usaha untuk menyambungkan sedang dijalankan bersama-sama dengan PIBG namun memandangkan belanjanya yang agak tinggi maka dirasakan perlu untuk segera diusahakan agar MKF3 mndapat akses internet. Ini memandangkan semua kelas Literasi ICT (ICTL) dijalankan di MKF3 ini.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Syarikat Ridaa atas kesudian membekalkan MyAkses3G yang menggunakan jalurlebar Celcom 3G. MyAkses3G ini mempunyai dua kaedah penyambungan kepadanya iaitu melalui kabel dan wireless. Bagi LAN di MKF3 ia disambungkan dengan menggunakan kabel sementara bagi pengguna notebook atau telefon bimbit wifi menggunakan capaian secara wireless. Sebagai langkah keselamatan setiap capaian wireless akan membawa ke landing page dahulu dan memerlukan user memasukkan user id dan katalaluannya.

Selain daripada itu, MyAkses3G juga dilengkapi dengan IP phone.

No comments:

Post a Comment