Tuesday, November 10, 2009

AKTIVITI & MAJLIS PENUTUPAN PROGROM RIMUP 2009






Pada hari ini, 10 November 2009 merupakan program RIMUP terakhir dijalankan yang melibatkan 7 buah sekolah. Majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh guru besar,PK HEM dan guru pengiring serta 45 orang murid.

Dalam majlis ini, juga satu aktiviti bersama murid telah dijalankan dalam 9 kumpulan. Aktiviti Choi Mei membawa maksud bunga yang dihasilkan melalui tiupan dakwat cina. Kumpulan 6 merupakan kumpulan terbaik.

Penyerahan banting RIMUP daripada Pn. Nafisah PK HEM iaitu wakil Guru Besar kepada Guru Besar SJK(c) Yak Chee iaitu Pn. Choon bagi pengerusi RIMUP tahun 2010.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment