Tuesday, November 10, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009


Pada 7 November 2009 telah diadakan Majlis Anugerah BOSS SPBT di SMK Bandar Baru Sg. Long, Kajang. Lawatan ke sekolah menengah yang memenangi tempat pertama Anugerah BOSS SPBT bagi peringkat sekolah menengah telah memberi idea bukan sahaja untuk bilik BOSS tetapi juga bilik b&k, bilik kesihatan dan bilik disiplin serta taman-taman yang terdapat di sekitarnya.

Diharap kita semua akan dapat membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini pada masa akan datang.

1 comment:

  1. Tahniah, atas kejayaan SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang. Melalui pemerhatian, Kejayaan dan kecemerlangan anda adalah hasil usaha bersama semua pentadbir, seluruh warga sekolah, PIBG & komuniti setempat tanpa ada batasan. Sekolah yang indah, bersih dan penuh informasi dapat melahirkan persekitaran yang ceria, bermaklumat seterusnya dapat melahirkan warga sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga SKS2BK juga mendapat persepakatan yang jitu daripada semua pihak demi mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ketiga-tiga bahagian mesti mesra seiring tanpa ada batasan rasa demi kebaikan bersama. PIBG juga mesti memainkan peranan dalam menyamaratakan sokongan tanpa ada prejudis, kerana kecemerlangan anak-anak kita adalah kecemerlangan dalam semua bidang sama ada akademik, Hal Ehwal Murid dan juga Kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang jasmani, rohani, dan intelek. Terima kasih.

    ReplyDelete