Sehati Sejiwa, Seia-sekata dan Sepakat Membawa Berkat....itulah yang disemaikan di dalam diri anak-anak murid Tahun 6 semasa Program Mari Memasak dijalankan baru-baru ini. Nilai bantu membantu dan kerjasama dapat dilihat semasa murid-murid dilatih memasak mee dan bihun sup di sekolah yang dibimbing oleh guru Bahasa Malaysia Tahun 6 : Cikgu Fauzihan, Cikgu Hidayah, Cikgu Rathi dan Cikgu Mazlina.
Matlamat utama program ini adalah bertujuan mencungkil bakat terpendam murid-murid yang mempunyai cita-cita menjadi chef terkenal seperti Chef Wan dan Chef Ismail. Ianya juga bertujuan melatih murid berjinak-jinak membantu ibu di dapur dan berminat untuk memasak dengan pelbagai resepi mudah.
posted by Ustazah Julia Zainira