Monday, October 11, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 pada 25/10/2010 (Isnin) hingga 29/10/2010 (Jumaat).

3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan peperiksaan di pihak tuan/puan telah diambil. Peperiksaan Tahun 5 bagi mata pelajaran teras (BM-Pemahaman, BM-Penulisan, B. Inggeris, Matematik dan Sains) adalah setara peringkat negeri Selangor. Mata pelajaran Bahasa Arab (Tahun 1 hingga 5) juga setara peringkat negeri Selangor dan telah dijalankan pada 7 Oktober 2010 yang lalu.

4. Sebagai rujukan tuan/puan bersama-sama ini disertakan jadual waktu peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun waktu persekolah adalah seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa sepanjang minggu peperiksaan tersebut, tasmik adalah dibatalkan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Arahan dikeluarkan oleh :

PN. MAIMOON BINTI DUSA
Guru Besar,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Surat ni tak diberi kepada pelajar ke? Saya semak buku notis anak saya, takde pula. Harap boleh memperbaiki sistem makluman seperti penggunaan buku notis sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Nafisah,

    Tarikh utk mohon masuk sekolah berasrama telah tamat pd 22 Okt 2010. Masih ada harapan ke utk mohon skrg? TQ

    ReplyDelete