Tuesday, July 26, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PSK 2011

Pada hari Isnin yang lalu, SKS2BK telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis dan Mewarna Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Majlis tersebut diadakan semasa perhimpunan mingguan rasmi SKS2BK. Pertandingan yang dibuka untuk murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) selaku penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah yang menarik untuk para pemenang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn. Mazura binti Ismail selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum SKS2BK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga ilmu yang diperoleh daripada pertandingan ini dapat digunakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman para murid sekalian.

No comments:

Post a Comment