Saturday, July 2, 2011

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BACATHON 2011





Majlis Perasmian Program Bacathon 2011 telah dilancarkan pada hari ini sejurus selepas selesai program Larian 1 Malaysia. Program ini dibuat untuk menambah dana PSS untuk menambah koleksi buku di perpustakaan SKS2BK. Selain daripada itu, dana ini juga akan digunakan untuk membeli peralatan serta perabot yang rosak dan perlu diganti untuk menjamin keselesaan murid dan guru ketika berada di perpustakaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh pemenang pada pertandingan Juara Lagu 2010 yang lalu. Beliau ialah Cik Ana Raffali. Beliau juga sudi menyampaikan sebuah lagu yang sinonim dengannya iaitu "Kalau Berpacaran". Selain daripada itu, beliau juga sudi untuk bercerita kepada penonton berdasarkan sebuah buku cerita kanak-kanak. Beliau adalah orang yang pertama menderma beberapa naskhah buku cerita kepada PSS SKS2BK. Sebagai penutup, beliau telah sudi menandatangani watikah perasmian Bacathon. Dengan ini, rasmilah sudah Program Bacathon SKS2BK.
Kepada syarikat atau individu yang ingin menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit atau cek, sila berhubung dengan pihak pentadbiran SKS2BK. Manakala bagi mereka yang ingin menderma buku sama ada baharu atau terpakai, tuan/puan boleh berhubung terus dengan guru Pusat Sumber Sekolah, SKS2BK, Pn. Nasuha. Segala sumbangan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment