Tuesday, April 24, 2012
LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
Pada pagi ini, 24 April 2012 (Selasa), SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah berjaya mengadakan latihan kebakaran yang pertama pada tahun 2012 ini. Rutin latihan tahunan ini dibuat bagi memberi pendedahan kepada warga SKS2BK tentang tindakan pantas yang perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kebakaran di sekolah. Pelan kebakaran yang telah ditampal di papan kenyataan setiap kelas dan bilik-bilik khas menjadi panduan laluan yang perlu diikuti oleh semua murid dan guru apabila berlakunya kebakaran. Diharapkan agar latihan selepas ini akan menjadi lebih lancar dan berkesan buat semua.
REKOD BACAAN IQRAK & TASMIK
Kepada semua ibu, bapa atau penjaga murid-murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Kedai buku SKS2BK telah mula menjual kad Rekod Bacaan Iqrak & Tasmik yang berharga RM 1.00 sahaja. Kad ini digunakan oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk merekod bacaan Iqrak dan Al-Quran pada sepanjang tahun. Semua murid SKS2BK yang beragama Islam sahaja yang perlu membelinya. Sekian, harap maklum.
Monday, April 23, 2012
GURU PENYAYANG MURID BERKETRAMPILAN
Majlis Pelancaran Guru Penyayang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah dirasmikan pada perhimpunan rasmi sekolah pada 23April 2012 di Dataran Cemerlang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohamed Salem bin Fazal Deen (GPK HEM) SKS2BK. Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah pihak yang bertanggungjawab mengelola program ini. Diharapkan agar program ini akan berjaya mencapai objektifnya kelak.
Friday, April 13, 2012
Tuesday, April 10, 2012
CUTI PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KE-14

Monday, April 9, 2012
AKTIVITI PROGRAM DUNIA SENI VISUAL 2012
Pertandingan Mewarna (Tahap 1 & 2)
Tarikh : 12/4/12 (Tahap 1)
Tarikh : 13/4/12 (Tahap 2)
Masa : 7.40 - 9.10 pagi
Tempat : Dataran Bestari
Pertandingan Melukis Tahap 1
Tajuk : Suasana Di Taman Bunga
Pertandingan Melukis Tahap 2
Tajuk : Pemandangan Di Dasar Laut
Tarikh : 16/4 - 21/4/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Fotografi Tahap 2
Tajuk : Ekspesi Diri
Tarikh Hantar : 23/4 - 28/4/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Merekacipta Tahap 1 (Individu)
Tahun 1 : Kad Ucapan
Tahun 2 : Kolaj
Tahun 3 : Topeng Haiwan / Muka
Tarikh : 30/4 - 4/5/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Merekacipta Tahap 2 (Kumpulan)
Tahun 4 : Kenderaan
Tahun 5 : Alat Muzik
Tahun 6 : Kasut / Selipar
Tarikh : 4/5/12
Masa : 7.40 - 9.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari
Pameran Kraf Tradisional (Batik)
Pameran Alat/Bahan/Media Dalam PSV
Tarikh : 7 - 9/5/12
Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Serambi
Majlis Penutupan Bulan Dunia Seni Visual dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh : 11/5/2012
Tarikh : 12/4/12 (Tahap 1)
Tarikh : 13/4/12 (Tahap 2)
Masa : 7.40 - 9.10 pagi
Tempat : Dataran Bestari
Pertandingan Melukis Tahap 1
Tajuk : Suasana Di Taman Bunga
Pertandingan Melukis Tahap 2
Tajuk : Pemandangan Di Dasar Laut
Tarikh : 16/4 - 21/4/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Fotografi Tahap 2
Tajuk : Ekspesi Diri
Tarikh Hantar : 23/4 - 28/4/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Merekacipta Tahap 1 (Individu)
Tahun 1 : Kad Ucapan
Tahun 2 : Kolaj
Tahun 3 : Topeng Haiwan / Muka
Tarikh : 30/4 - 4/5/12
Masa : P&P PSV
Tempat : Kelas / Bilik Seni
Pertandingan Merekacipta Tahap 2 (Kumpulan)
Tahun 4 : Kenderaan
Tahun 5 : Alat Muzik
Tahun 6 : Kasut / Selipar
Tarikh : 4/5/12
Masa : 7.40 - 9.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari
Pameran Kraf Tradisional (Batik)
Pameran Alat/Bahan/Media Dalam PSV
Tarikh : 7 - 9/5/12
Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Serambi
Majlis Penutupan Bulan Dunia Seni Visual dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh : 11/5/2012
PROGRAM BULAN DUNIA SENI VISUAL 2012
Sepanjang bulan April 2012 akan dijalankan Program Bulan Seni Visual SKS2BK. Suatu majlis perasmian telah diadakan pada hari ini, Isnin bersamaan 9 April 2012 di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Mohamed Salem bin Fazal Deen, GPK Hal Ehwal Murid (HEM) SKS2BK dengan paluan gong. Tema Program Dunia Seni Visual pada tahun ini ialah "Seni itu indah, tanpa seni tiadalah budaya dan tanpa budaya hilanglah warisan"
Tuesday, April 3, 2012
INFO PROGRAM NILAM
PENGENALAN
NILAM (Nadi Ilmu Amalam Membaca) merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian.
Program NILAM mula dilaksanakan dengan rasminya pada 1999 berdasarkan surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- Menjadikan pelajar banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
- Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENGIKTIRAFAN NILAM
TAHAP JAUHARI
Merupakan aktiviti menggalakkan murid menambah bilangan bacaan sama ada di sekolah rendah atau menengah. Pelajar sekolah rendah perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan dan pengiktirafan berikut ;
Jumlah buku dibaca / Pengiktirafan
90 - 179 (Gangsa)
180 - 269 (Perak)
270 - 359 (Emas)
360 ke atas (NILAM)
TAHAP RAKAN PEMBACA
Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. Murid menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran.
PERASMIAN PROGRAM NILAM 2012
Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah merasmikan Program NILAM 2012 di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Maimoon bt. Dusa (Guru Besar SKS2BK). Perasmian dimulakan dengan Guru Besar mengetuk gong lalu murid-murid dan guru-guru membaca secara senyap selama 5 minit yang diakhiri dengan bunyi gong yang kedua. Tema Program NILAM pada tahun ini ialah "Murid Membaca Murid Berjaya". Selamat membaca kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)