Tuesday, April 3, 2012

INFO PROGRAM NILAM

PENGENALAN

NILAM (Nadi Ilmu Amalam Membaca) merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian.

Program NILAM mula dilaksanakan dengan rasminya pada 1999 berdasarkan surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF

  1. Menjadikan pelajar banyak membaca.
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  3. Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENGIKTIRAFAN NILAM

TAHAP JAUHARI

Merupakan aktiviti menggalakkan murid menambah bilangan bacaan sama ada di sekolah rendah atau menengah. Pelajar sekolah rendah perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan dan pengiktirafan berikut ;

Jumlah buku dibaca / Pengiktirafan
90 - 179 (Gangsa)
180 - 269 (Perak)
270 - 359 (Emas)
360 ke atas (NILAM)

TAHAP RAKAN PEMBACA

Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. Murid menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga dan jiran.

No comments:

Post a Comment