Tuesday, April 24, 2012

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA



Pada pagi ini, 24 April 2012 (Selasa), SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah berjaya mengadakan latihan kebakaran yang pertama pada tahun 2012 ini. Rutin latihan tahunan ini dibuat bagi memberi pendedahan kepada warga SKS2BK tentang tindakan pantas yang perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kebakaran di sekolah. Pelan kebakaran yang telah ditampal di papan kenyataan setiap kelas dan bilik-bilik khas menjadi panduan laluan yang perlu diikuti oleh semua murid dan guru apabila berlakunya kebakaran. Diharapkan agar latihan selepas ini akan menjadi lebih lancar dan berkesan buat semua.

No comments:

Post a Comment