Saturday, April 27, 2013

KLINIK BOLA SEPAK BERSAMA LAGENDA BOLA SEPAK EPL


Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sebuah liga antarabangsa yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. SKS2BK berasa amat bertuah kerana telah terpilih untuk mengadakan Klinik Bola Sepak Bersama Lagenda Bola Sepak EPL.

Klinik bola sepak yang dianjurkan oleh PIBG SKS2BK dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 23 April 2013 (Selasa). Ia diadakan bermula pukul 10:30 pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG SKS2BK kerana usaha mereka membawa pemain-pemain terkenal ke SKS2BK. Aktiviti ini telah memberikan pendedahan kepada semua murid SKS2BK amnya dan peminat-peminat bola sepak khususnya tentang teknik dan kemahiran bermain bola sepak bertaraf dunia. Tahniah dan syabas kepada semua.

1 comment: