Monday, April 15, 2013

NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI-RAJA

Pada 10 April 2013 yang lalu, SKS2BK telah menyertai Pertandingan Pidato Piala Di-Raja Sekolah Rendah Peringkat Zon MPSJ Dearah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Adik Fatimah Az-Zahra' bt. Azman dari kelas 6 Berlian ialah wakil yang dihantar oleh sekolah ke pertandingan tersebut. Di dalam pertandingan tersebut beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.  

No comments:

Post a Comment