Thursday, February 20, 2014

AKTIVITI PRA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKS2BK

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan menyambut Maulidur Rasul pada hari Sabtu ini. Justeru itu, bagi menghangatkan lagi sambutan tersebut, Panitia Pendidikan Islam telah merancang untuk mengadakan pertandingan mewarna lukisan dan menulis khat.

Pertandingan mewarna akan dipertandingkan pada hari Jumaat. Pertandingan tersebut dibuka kepada semua murid Tahap 1 sebelum rehat. Manakala pertandingan menulis khat yang dibuka kepada semua murid Tahap 2 akan diadakan pada hari yang sama selepas rehat.  Seramai 10 orang pemenang yang akan dipilih bagi setiap aliran. Hadiah akan disampaikan pada hari Sabtu semasa sambutan Maulidur Rasul dijalankan.

Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul tersebut. Sertailah kami di dalam perarakan yang akan berarak mengelilingi kawasan sekolah. Bersama-samalah kita menyahut seruan dengan berselawat beramai-ramai semasa acara tersebut dijalankan.

No comments:

Post a Comment