Monday, February 17, 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Ketua dan penolong Ketua Kelas Tahun 2014 telah diadakan di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis tersebut telah berlangsung pada 17 Januari 2014 (Isnin) yang turut disaksikan oleh oleh para ibu bapa yang hadir bagi memberi sokongan dan dorongon kepada anak-anak dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah mahupun guru-guru.


 Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd., Guru Besar SKS2BK. Manakala watikah pelantikan telah diberikan oleh En. Zulhaizan bin Mohd Noor, YDP PIBG SKS2BK.


Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar taat setia pengawas di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga dengan pelantikan tersebut dapat membantu meringankan beban guru untuk mengawal disiplin murid-murid di sekolah ini. Sekalung tahniah kepada semua murid yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jalankanlah tanggungjawab anda dengan adil dan berintegriti. Turut dirasmikan adalah Program Guru Penyayang yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling yang diuruskan oleh Pn. Azean bt. Othman, Guru Bimbingan SKS2BK. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang Bimbingan & Kaunseling SKS2BK.

No comments:

Post a Comment