Friday, January 30, 2009

JAGAI DAN SAYANGI BUKU TEKS SPBT ANDA!

Kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga adalah amat diperlukan untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan penjagaan buku teks SPBT dipatuhi sepenuhnya. Antara perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera oleh semua ibu bapa /penjaga adalah:
1. Memastikan buku teks yang diterima dibalut dengan kemas dan menggunakan plastik pembalut.
2. Menulis nama anak anda, tahun/kelas, dan tarikh terima buku pada ruangan yang bercop iaitu di kulit hadapan dan belakang bahagian dalam buku teks SPBT.
3. Sentiasa memeriksa bagi memastikan buku-buku teks anak anda ada dan tidak hilang.
4. Membuat aduan dengan segera kepada guru kelas/guru SPBT (Pn Nohapizah / Cik Marlina/ Ust Sharifah Nordiran/Pn Mizah/ En Mohd Jafri/ Pn Juliawati)sekiranya mendapati buku anak anda hilang/rosak.
5. Melatih anak anda menjaga buku teks SPBT dengan baik, memastikan anak anda tidak menconteng atau mengoyak buku tersebut.

Sesiapa sahaja yang terjumpa buku teks SPBT yang tercicir, diminta menyerahkan ke pejabat sekolah, kepada guru-guru atau terus dihantar kepada guru Unit SPBT di Bilik BOSS SPBT SKS2BK.

Pemantauan penjagaan buku teks SPBT akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Pemantauan pertama akan diadakan pada bulan Februari ini. Oleh itu kerjasama semua ibu bapa/penjaga amat diperlukan bagi memastikan buku teks SPBT anak anda sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga rapi.
"Jagai dan sayangilah buku teks SPBT anda!"

No comments:

Post a Comment