Friday, January 30, 2009

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA

Murid-murid SKS2BK adalah diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang berada di sekolah. Berikut adalah beberapa peringatan penting dan diharapkan agar dipatuhi oleh semua murid:-
  1. Tidak berlari dan tolak menolak semasa menaiki dan menuruni tangga.
  2. Beratur semasa membeli makanan di kantin. Elakkan daripada berebut dan berlari kerana boleh mendatangkan bahaya disebabkan lantai kantin licin.
  3. Tidak membawa benda-benda tajam ke sekolah.
  4. Tidak berada di padang sekiranya waktu hujan, guruh dan kilat.
  5. Menunggu bas, van, ibu bapa di wakaf pada waktu balik.
  6. Semua murid dilarang merayau-rayau di luar kawasan sekolah semasa menunggu untuk pulang.
  7. Tidak membeli makanan atau permainan yang dijual di luar pagar sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh tindakan murid-murid membeli barangan daripada penjaja-penjaja di luar pagar sekolah ini.
  8. Bagi murid-murid yang menaiki basikal, sila tuntun basikal anda ketika berada di dalam kawasan sekolah.
  9. Jangan ikut, terima pemberian, melayan orang-orang yang tidak dikenali.
  10. Elakkan melalui kawasan letak kereta guru pada waktu datang dan balik dari sekolah. Ini boleh membahayakan keselamatan murid. Gunakan laluan wakaf ke kantin.

"MURIDKU, ANAKKU, PERMATAKU SAYANG"

No comments:

Post a Comment