Monday, January 12, 2009

MAKLUMAN TAMBAHAN UNTUK IBU BAPA

Surat bersiri SKS2BK07/03/001 ( 53 ) yang dikeluarkan pada 9 Januari 2009 adalah dirujuk.



1.0 Waktu Persekolahan Murid Tahun 1 hingga 6

  • Sebagaimana yang dinyatakan dalam edaran SKS2BK01/05/007/14/09(53) bertarikh 26 Disember 2008 berkaitan Kelas Tasmik, j-QAF mempunyai 5 model iaitu Kelas Pemulihan Jawi, Tasmik, Khatam Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kelas Tasmik dilaksanakan di luar jadual persekolahan sementara Bahasa Arab dilaksanakan dengan tambahan 60 minit di dalam jadual waktu persekolahan. Ini memberi implikasi pelajar yang berada dalam tahun pembelajaran j-QAF akan pulang lewat 30 minit selama dua hari dalam seminggu. Sila lihat lihat jadual waktu sekolah anak masing-masing untuk mengetahui hari-hari yang terlibat. Berikut ialah rumusan mengenai jadual persekolahan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
  • Kesemua murid memulakan pembelajaran rasmi pada pukul 7.40 pagi. Namun mereka perlu hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal atau sebaik-baiknya sebelum pukul 7.25 pagi. Ini bagi membolehkan murid-murid selesa untuk menghantar beg ke kelas masing-masing di samping menjalankan tugas membersihkan kelas jika berkaitan sebelum turun menghadiri sesi perhimpunan (7.30 - 7.40 pagi).
  • Hari Jumaat sekolah tamat pada pukul 12.00 tengah hari bagi kesemua pelajar sementara bagi hari Isnin hingga Khamis adalah seperti berikut:

Tahun Isnin Selasa Rabu Khamis *Tasmik

  • Tahun 1: 1300 1230* 1300 1230 1230-1330
  • Tahun 2: 1300 1230 1230* 1300 1230-1330
  • Tahun 3: 1300 1300 1230 1230* 1230-1330
  • Tahun 4: 1300* 1330 1330 1300 1300-1330
  • Tahun 5: 1300 1300 1300 1300
  • Tahun 6: 1300 1300 1300 1300
    Pada minggu peperiksaan, kelas Tasmik dihentikan dan pelajar pulang setelah tamat jadual persekolahan biasa.
    Perhimpunan akan dimulakan 10 minit sebelum waktu Mula Belajar

2.0 Waktu Aktiviti Kokurikulum bagi Murid Tahun 4, 5 dan 6

  • Aktiviti kokurikulum akan bermula pada 04 Februari 2009 hingga 29 Julai 2009 setiap hari Rabu. Aktiviti bermula pada pukul 1.45 petang hingga 4.00 petang. Minggu peperiksaan tiada aktiviti kokurikulum. Ibu bapa diharap dapat menguruskan makan tengah hari dan pengangkutan pulang anak masing-masing.

3.0 Pelaksanaan Kelas Bahasa Tamil (POL) di Sekolah Rendah

  • Merujuk kepada Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld.II(44) bertarikh 13 Mac 1986 dan KP(BS)8502/15/006(22) bertarikh 16 November 2000. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil bermula dari Tahun 3 hingga 6 selama 2 jam (120 minit) di luar waktu sekolah. Kelas Bahasa Tamil akan dijalankan di sekolah ini sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa atau lebih memohon supaya bahasa itu diajar. Kelas Bahasa Tamil yang akan dijalankan sekolah ini ialah pada hari Jumaat, pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Walau bagaimanapun, kelas akan bermula selepas permohonan yang dipanjangkan ini mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
    Borang permohonan Kelas Bahasa Tamil untuk tindakan ibu bapa yang berkenaan telah dilampirkan bersama-sama surat edaran tersebut. Sila serahkan borang jawapan tersebut kepada guru kelas masing-masing.

3 comments:

  1. untuk anak-anak tahap 2 yg habis kelas pukul 1.30 p.m. sempat ke bersiap untuk ko-k pukul 1.45 p.m.?

    ReplyDelete
  2. ada ker kelas tahap 2 yg habis pukul 1.30 p.m?? anak saya juga ditahap dua, tidak pernah pun dia keluar kelas 1.30 p.m?? saya menyokong penuh pihak sekolah menukar waktu aktiviti kokurikulum pada jam 1.45p.m....cuma saya mohon pihak kantin dapat menjual makanan berat pada waktu tengahari setiap rabu..terima kasih.

    ReplyDelete
  3. tahniah pihak sekolah yg telah menukar wktu aktiviti kokurikulum..yg mana ibubapa tidak perlu ulang alik banyak kali dalam sehari.

    ReplyDelete