Pihak sekolah akan mula mengadakan kempen kutipan derma 5, 10, 20, 50 sen untuk disumbang kepada Tabung Kanser Negara khasnya untuk pesakit kanser kanak-kanak. Kempen ini akan bermula pada 01 April sehingga 30 Oktober 2009. Kepada yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui anak tuan puan. Tabung sumbangan akan mula diedarkan ke kelas-kelas dari semasa ke semasa. Sumbangan juga boleh dibuat melalui guru-guru kelas anak tuan puan. Kepada yang menyampaikan sumbangan, ribuan terima kasih diucapkan. Semoga dengan sumbangan anda dapat meringankan beban pesakit-pesakit kanser negara kita khasnya kepada para ibu bapa yang mempunyai anak pengidap kanser. Keprihatinan anda adalah penawar kepada penderitaan mereka.
Tuesday, March 31, 2009
Mesyuarat Panitia PSV Daerah Petaling Perdana 1/2009
Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Wawasan sekolah pada pukul 2.00 petang tadi. En. Mohd. Hazli b. Hassan, Pegawai dari PPD Petaling Perdana turut hadir.
Agenda Mesyuarat:
Agenda Mesyuarat:
- Aluan Pengerusi
- Ucapan PPD
- Minit Mesyuarat 2008 - Pengesahan dan Perkara Berbangkit
- Aktiviti 2009
- Kewangan
- Pelantikan AJK 2009
- Penyelarasan Akademik
- Hal-Hal Lain
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang
Pautan ke:- Art Attack
- Blog Cikgu Basid
- Download Bahan Mesyuarat
KEM BESTARI SOLAT 1
Kem Bestari Solat akan diadakan mengikut ketentuan berikut :
TARIKH : 25 APRIL 2009
HARI : SABTU
MASA : 8.00-10.30 a.m.
SASARAN : MURID ISLAM TAHUN 1 & 2
TEMPAT : SKS2BK
PAKAIAN : LELAKI - BAJU MELAYU
PEREMPUAN - BAJU KURUNG / JUBAH DAN BERTUDUNG
Monday, March 30, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KELAPAN 2009
CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2009/2010
PENASIHAT
EN. SUKIMIN BIN JUKI
YANG DIPERTUA
EN. HAMLAY BIN OTHMAN
NAIB YANG DIPERTUA
EN. SALEHUDIN BIN AZAM
SETIAUSAHA
CIK MARLINA BINTI MOHTAR
BENDAHARI
CIK PANG CHIN CHEE
AHLI JAWATANKUASA:
PN. MANJIT KAUR
EN. HASNI BIN JUSOH
PN. TILEGAVATHI
EN. HERMAN LIM
EN. VADIVELU A
EN. AZIZUL RAHMAN BIN MOHD GHAZALI
PN. SEE YIK MEE
PN. SAPIHA BINTI ISMAIL
EN. SAIPULLAH BIN ISA
EN. MOHD FADZLI BIN MANSOR
JURUAUDIT:
EN. ZULHAIZAN BIN MOHD NOOR
EN. RAZAK BIN BIDIN
KEPUTUSAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2009
- Bayaran Wajib yang telah dipersetujui adalah sebanyak RM35.50 bagi seorang murid. Pecahan bayaran wajib adalah seperti berikut:
- Yuran PIBG yang telah dipersetujui adalah sebanyak RM50.00 untuk sekeluarga.
- Pihak sekolah akan mengajukan permohonan ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Setelah urusan kelulusan diperolehi, bayaran akan dikutip mulai 1 Jun 2009.
Kerja Naiktaraf Sekolah
Kerja-kerja membaikpulih pagar, bilik guru, sebahagian kecil padang (800 m persegi), pejabat, pintu refuse chamber kantin, bumbung prasekolah, pentas perhimpunan dan pintu pagar belakang sedang dan akan berjalan. Kerja-kerja tersebut telah bermula pada 28 Mac dan dijangka selesai pada 20 April 2009.
Sehubungan itu lokasi tempat duduk guru bertukar untuk sementara waktu sehingga kerja naiktaraf bilik guru selesai. Guru-guru ditempatkan di Bilik Pendidikan Seni & Visual (blok C, tingkat 1 berhampiran kantin) dan di Bilik Kesihatan (bawah pejabat).
Sunday, March 29, 2009
Ribut 25 Mac 2009




Ribut yang melanda di kebanyakan kawasan di Lembah Klang juga telah mengakibatkan beberapa kerosakan di sekolah. Antaranya ialah kerosakan pada atap genting Blok A, pokok yang tumbang serta papan gantung banner yang rebah. Mulai pagi tadi, kerja membaiki atap sedang dijalankan apabila PPD Petaling Perdana memperuntukkan peruntukan kecemasan. Kerja menggantikannya sedang dijalankan.
Kerja Pembaikian Tandas Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun memberi peruntukan untuk menyelesaikan masalah berkaitan tandas yang airnya menembusi lantai yang poros. Kontraktor yang dilantik untuk membaikinya sedang menjalankan kerja-kerja memecah dan memasang semula jubin-jubin serta menggantikan pintu yang bermula sejak cuti sekolah yang lalu di kesemua 9 buah tandas yang ada. Kerja tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam 2 minggu lagi. Sehubungan itu, segala kesulitan yang dihadapi oleh guru, staf, pelajar dan pelawat amat dikesali.
Saturday, March 28, 2009
Ucapan Penghargaan
Tuesday, March 17, 2009
Thursday, March 12, 2009
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA 2009
Satu pertandingan melukis poster yang bertajuk "Sains & Tekonologi Asas Keutuhan Ekonomi" akan diadakan pada 18 April 2009 (Sabtu). Jika ada murid-murid sekolah ini yang mengikuti kelas lukisan bolehlah berjumpa dengan Pn. Juliana atau Cik Marlina (Guru Bimbingan) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Harap nama-nama murid yang berminat menyertai pertandingan melukis poster ini dapatlah memaklumkannya selewat-lewatnya pada 31 Mac 2009. Sekian terima kasih.
Wednesday, March 11, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KELAPAN
Mesyuarat Agung PIBG Kali Kelapan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Semua ibu bapa dijemput hadir.
Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Semua ibu bapa dijemput hadir.
Saturday, March 7, 2009
Program Motivasi Tahun 6 - Otak Saya Hebat!
Pada 5 Mac 2009 pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang telah diadakan satu lagi ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling. Kali ini penceramah yang dijemput adalah En. Kamil b. Idris. Fokus kali ini adalah untuk setiap pelajar mengenali minda dan otak mereka sendiri. Berbagai aktiviti telah dijalankan supaya setiap pelajar mengenali lebih dekat lagi dengan kemampuan otak mereka masing-masing. Aktiviti ini telah dijalankan di pusat sumber. Diharap dengan usaha ini, pelajar dapat memanafaatkan dan berusaha untuk mencapai 5A kerana semua pelajar boleh mendapatkan 5A jika mereka berfikir mereka boleh mendapatkan 5A dan bertindak seperti mereka boleh mencapai 5A.
Program Motivasi Tahun 6 - Pecutan Awal UPSR
Wednesday, March 4, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)