Saturday, March 7, 2009

Program Motivasi Tahun 6 - Pecutan Awal UPSR


Pada 23 Februari 2009 satu ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah dijalankan di pusat sumber sekolah. Ceramah motivasi - Pecutan Awal UPSR ini telah disampaikan oleh En. Ahmad Badrul Sani b. Baharudin. Penceramah ini adalah atas cadangan salah seorang JK PIBG. Oleh kerana pelajar seronok dan berminat mendengar ceramah ini maka ceramah ini yang bermula pada 11.00 pagi dan sepatutnya berakhir pada 1.00 petang telah dilanjutkan ke 1.30 petang berdasarkan sambutan pelajar. Oleh itu pihak sekolah memohon maaf di atas kelewatan selama 30 minit untuk memulakan kelas tambahan Bahasa Malaysia pada hari tersebut. Pada masa akan datang, pihak sekolah akan memgambil kira perkara ini dalam menganjurkan program. Pihak sekolah amat mengalukan jika ada diantara ibu bapa yang mengenali mana-mana penceramah yang bagus dan sesuai untuk pelajar saekolah, bolehlah berhubung dengan pihak sekolah melalui emel sekolah kepada Pn. Juliana Guru Bimbingan. Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment