Tuesday, March 31, 2009

KEMPEN DERMA UNTUK PESAKIT KANSER NEGARA (MAKNA) - 5,10,20,50 SEN

Pihak sekolah akan mula mengadakan kempen kutipan derma 5, 10, 20, 50 sen untuk disumbang kepada Tabung Kanser Negara khasnya untuk pesakit kanser kanak-kanak. Kempen ini akan bermula pada 01 April sehingga 30 Oktober 2009. Kepada yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui anak tuan puan. Tabung sumbangan akan mula diedarkan ke kelas-kelas dari semasa ke semasa. Sumbangan juga boleh dibuat melalui guru-guru kelas anak tuan puan. Kepada yang menyampaikan sumbangan, ribuan terima kasih diucapkan. Semoga dengan sumbangan anda dapat meringankan beban pesakit-pesakit kanser negara kita khasnya kepada para ibu bapa yang mempunyai anak pengidap kanser. Keprihatinan anda adalah penawar kepada penderitaan mereka.

No comments:

Post a Comment