Saturday, March 7, 2009

Program Motivasi Tahun 6 - Otak Saya Hebat!

Pada 5 Mac 2009 pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang telah diadakan satu lagi ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling. Kali ini penceramah yang dijemput adalah En. Kamil b. Idris. Fokus kali ini adalah untuk setiap pelajar mengenali minda dan otak mereka sendiri. Berbagai aktiviti telah dijalankan supaya setiap pelajar mengenali lebih dekat lagi dengan kemampuan otak mereka masing-masing. Aktiviti ini telah dijalankan di pusat sumber. Diharap dengan usaha ini, pelajar dapat memanafaatkan dan berusaha untuk mencapai 5A kerana semua pelajar boleh mendapatkan 5A jika mereka berfikir mereka boleh mendapatkan 5A dan bertindak seperti mereka boleh mencapai 5A.

No comments:

Post a Comment