Monday, June 22, 2009

PENETAPAN KEDUDUKAN MURID DALAM KELAS MENGIKUT SAP

Berikut adalah penetapan kedudukan murid dalam kelas sepertimana yang ditentukan dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor:
1. Menguasai/Tidak Menguasai (Keseluruhan)
*Tidak Menguasai adalah apabila seseorang pelajar itu gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran daripada mata pelajaran berikut BM-Pemahaman, BM-Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
2. Gred Purata Mata Pelajaran (GPP). Setiap gred diberikan mata tertentu iaitu A = 1 mata, B (2 mata), C (3 mata), D (4 mata) dan E (5 mata). Semua mata gred-gred ini akan dikira puratanya. Sebagai contoh jika seseorang pelajar mendapat 2A, 1B dan 2 C maka GPPnya ialah 2. Semakin kecil nilai GPPnya maka semakin baik pencapaiannya.
3. Mengikut jumlah keseluruhan markah 5 mata pelajaran (boleh lihat purata)
4. Sekiranya masih sama syarat 1-3, maka dilihat markah tertinggi bagi mata pelajaran berikut bermula Pemahaman, Penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
5. Jika masih sama, maka nombor kedudukan dalam peperiksaan diisytiharkan sama.


Kriteria di atas berkuatkuasa mulai PKSR 2 ini.

No comments:

Post a Comment