Friday, July 31, 2009

HARI TERBUKA TAHUN 6




Hari Terbuka Tahun 6 telah diadakan pada 30 Julai 2009 dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Ia bertujuan untuk guru dan ibu bapa dapat berbincang prestasi murid berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan pertama. Kedatangan ibu bapa bagi kelas 6 Zuhal dan 6 Utarid adalah memberangsangkan. Walau bagaimanapun kedatangan ibu bapa bagi kelas 6 Pluto, 6 Marikh, dan 6 Neptun hanya 40% yang hadir. Objektif perjumpaan ini tidak tercapai kerana matlamat pihak sekolah dan PIBG adalah untuk membantu murid-murid GALUS bagi meningkatkan peratus lulus UPSR. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

1 comment:

  1. Terimakasih atas usaha para guru. Kita cuba buat yang terbaik dan terpulang lah pada ibubapa untuk sama-sama membantu kecemerlangan murid-murid. Wassalam

    ReplyDelete