Wednesday, July 1, 2009

PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH SESI 2010

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 1 JULAI 2009 - 30 OKTOBER 2009

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Berumur 6 tahun pada 2010.
2. Pemohon dan ibu bapa mesti warganegara Malaysia.
3. Keutamaan diberi kepada ibu bapa pemohon yang pendapatannya bawah RM500.

CARA PERMOHONAN:
1. Lengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.
2. Kembalikan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2009 di pejabat sekolah.
3. Kepilkan bersama borang permohonan:
  • salinan sijil lahir pemohon atau surat pengangkatan asal dan salinan.
  • salinan siji nikah ibu bapa.
  • salinan kad pengenalan ibu bapa.
  • bil air atau elektrik atau surat pengesahan ketua kampung.
  • sampul surat beralamat sendiri dan setem.

4. Tuan puan akan dimaklumkan mengenai status permohonan tersebut pada pertengahan November 2009.

No comments:

Post a Comment