Tuesday, July 28, 2009

KARNIVAL KERJAYA B&K

Karnival kerjaya peringkat sekolah dijalankan mulai 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009. Tema Karnival Kerjaya kali ini adalah "Ilmu Pemangkin Kerjaya" telah dirasmikan oleh Pn. Siti Hanim bt. Sungit (PK Pentadbiran) pada 27 Julai 2009 semasa perhimpunan rasmi. Antara aktiviti di dalam karnival ini adalah pertandingan mewarna untuk tahap 1 dan pertandingan menulis esei yang bertajuk "Cita-cita Saya". Pertandingan esei ini terbuka untuk murid tahap 2. Pastikan hasil esei ini menarik dan kreatif dan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Julai 2009 kepada En. Khishnamoorthy di bilik B&K.

Selain dari itu, murid-murid tahap 1 dan 2 dijemput untuk datang ke bilik B&K untuk pameran kerjaya semasa waktu rehat. Selain daripada melihat pameran, murid-murid boleh terlibat dengan kuiz spontan semasa berada di bilik B&K.

Hadiah-hadiah menarik telah disediakan termasuklah hadiah istimewa pergi lawatan untuk murid tahap 2 bagi yang berjaya menambat hati juri bagi pertandingan esei nanti.

Seluruh warga sekolah dijemput untuk datang ke bilik B&K semasa karnival kerjaya ini dijalankan.

No comments:

Post a Comment